Wednesday, February 18, 2015

Pantang Larang Ketika Memancing



Salam All
Arwah atok aku pernah jadi nelayan dan sedikit sebanyak ada jugak pantang larang yang dia turunkan pada aku....dan sebagai pemancing aku sedikit sebanyak aku tetap mempraktikan pantang larang yang deiturunkan. ada member aku anggap sebagai benda karut marut. tetapi pada logik aku ada sebab kenapa orang dulu-dulu mempraktikan petua dan pantang larang ini. dan ia sebagai peringatan bahawa kita ini hanya manusia biasa dan perlu menghormati diri sendiri, orang lain, makhluk lain dan juga alam tempat tinggal kita.


1. Jaga Tutur Bicara 

bagi atuk aku dulu pantang ni paling utama. sebagai pemancing perlu menjaga tutur bicara sebelum pergi memancing. Tutur juga merupakan satu doa. jika kita mengharapkan tangkapan yang terbaik, jangan sesekali kita mengungkapkan perkataan yang tidak baik atau carut marut seperti 'celaka', 'hampeh', 'sial', dan lain2 perkara yang tak elok kerana kata2 itu mungkin berbalik kepada kita. 

2. Dilarang menegur sesuatu yang ganjil 
Jika seseorang itu hendak pergi ke laut atau untuk menangkap ikan, dalam perjalanannya itu dilarang untuk menegur sesuatu yang ganjil seperti sebuah perahu tanpa pengemudinya kerana jika ditegur kemungkinan orang itu akan berjumpa dengan sesuatu yang kurang baik.

3.  Jaga Keselamatan

Memancing ni dah macam aktiviti outdoor yang berisiko tinggi. Bayangkan lah, ada orang sanggup meredah hutan, paya dan gunung tak kira siang dan malam untuk memancing. Maka, keselamatan perlu diutamakan dengan mengambil kira langkah2 keselamatan seperti alatan keselamatan, komunikasi, dan peti bantu mula. Jadikan amalan apabila pergi memancing sentiasa berteman dan bukan berseorangan.
4.  Keluarga

Apabila kita keluar memancing, selalunya pemancing akan meninggalkan rumah dan keluarga untuk satu tempoh yang lama mungkin sehari, 2 hari atau lebih. Sebaik-baiknya kita selesaikan urusan rumah tangga dahulu supaya tidak timbul masalah di belakang hari. Selain itu, jika kita telah menyelesaikan urusan rumahtangga terlebih dahulu, aktiviti memancing akan lebih seronok.
5.  Peralatan

Jika kita pergi memancing tetapi apabila sampai di tempat memancing, baru kita teringat bahawa kita terlupa membawa mata kail dan ladung. Cuba bayangkan, sudah tentu aktiviti memancing tak dapat diteruskan. Sebelum bertolak, kita mesti memastikan peralatan yang hendak dibawa supaya tidak tertinggal.

No comments:

Post a Comment