Sunday, February 9, 2020

Video Baru dah keluar

Seminggu bercuti dari buat video, hari ni br kuar video baru....sudi2kan la masta2, sipoo2 n cikgu2 melayan video koi
Thanks ek....

https://youtu.be/FfNNUMra0Bg

Sunday, December 1, 2019

My Youtube Channel

Salam & Selamat Sejahtera Guys....
Lama betoi aku tak menaip dekat sini....naik bersawang dah blog ni....
Ok la sebenarnya aku nak bgtahu yg aku ada channel youtube

Channel ni dah lama sebenarnya dari 2010 lg. Tp tu la tak aktif. Start tahun ni 2019 baru la aku betoi2 aktif, tiap2 minggu upload video...

So aku mintak sangat2 la kat korang tolong support channel aku (link https://youtu.be/KUurOFJcHSk )

Ok la....setakat ni je entry aku hari ni....insya'Allah aku update selalu nnt.

Monday, January 11, 2016

Kirk..kirk...kirk...kirk...

Salam All...
it not to late to wish your guys Happy New Years!!!!!!!!
mak ai....lama betol aku tak mengadap blog ni & blog aku yang lain2...untuk azam aku tahun ni nak aktif semula dalam penulisan blong ni.....kalau tak mau bersawang....sekarang tengah ngumpul aktiviti memancing tahun 2015 yang telah aku lakukan....so guys....please wait for up coming article...


Wednesday, February 18, 2015

Pantang Larang Ketika Memancing



Salam All
Arwah atok aku pernah jadi nelayan dan sedikit sebanyak ada jugak pantang larang yang dia turunkan pada aku....dan sebagai pemancing aku sedikit sebanyak aku tetap mempraktikan pantang larang yang deiturunkan. ada member aku anggap sebagai benda karut marut. tetapi pada logik aku ada sebab kenapa orang dulu-dulu mempraktikan petua dan pantang larang ini. dan ia sebagai peringatan bahawa kita ini hanya manusia biasa dan perlu menghormati diri sendiri, orang lain, makhluk lain dan juga alam tempat tinggal kita.


1. Jaga Tutur Bicara 

bagi atuk aku dulu pantang ni paling utama. sebagai pemancing perlu menjaga tutur bicara sebelum pergi memancing. Tutur juga merupakan satu doa. jika kita mengharapkan tangkapan yang terbaik, jangan sesekali kita mengungkapkan perkataan yang tidak baik atau carut marut seperti 'celaka', 'hampeh', 'sial', dan lain2 perkara yang tak elok kerana kata2 itu mungkin berbalik kepada kita. 

2. Dilarang menegur sesuatu yang ganjil 
Jika seseorang itu hendak pergi ke laut atau untuk menangkap ikan, dalam perjalanannya itu dilarang untuk menegur sesuatu yang ganjil seperti sebuah perahu tanpa pengemudinya kerana jika ditegur kemungkinan orang itu akan berjumpa dengan sesuatu yang kurang baik.

3.  Jaga Keselamatan

Memancing ni dah macam aktiviti outdoor yang berisiko tinggi. Bayangkan lah, ada orang sanggup meredah hutan, paya dan gunung tak kira siang dan malam untuk memancing. Maka, keselamatan perlu diutamakan dengan mengambil kira langkah2 keselamatan seperti alatan keselamatan, komunikasi, dan peti bantu mula. Jadikan amalan apabila pergi memancing sentiasa berteman dan bukan berseorangan.
4.  Keluarga

Apabila kita keluar memancing, selalunya pemancing akan meninggalkan rumah dan keluarga untuk satu tempoh yang lama mungkin sehari, 2 hari atau lebih. Sebaik-baiknya kita selesaikan urusan rumah tangga dahulu supaya tidak timbul masalah di belakang hari. Selain itu, jika kita telah menyelesaikan urusan rumahtangga terlebih dahulu, aktiviti memancing akan lebih seronok.
5.  Peralatan

Jika kita pergi memancing tetapi apabila sampai di tempat memancing, baru kita teringat bahawa kita terlupa membawa mata kail dan ladung. Cuba bayangkan, sudah tentu aktiviti memancing tak dapat diteruskan. Sebelum bertolak, kita mesti memastikan peralatan yang hendak dibawa supaya tidak tertinggal.

Tuesday, February 17, 2015

Tangan Ketar, Emosi Terganggu, Haruan Sungai Dua Butterworth

Salam....
FYI semua sekarang aku sedang outstation, site aku diButterworth. oleh kerana kemurungan yg kronik aku lalui, jadi hari ni aku pon bergerak solo kearah Sungai Dua.

Port
 dan hasilnye setelah 15 kali casting, 5 kali lucut akhirnye ni je rezeki yang aku dapat...

Haruan Rempit Sungai Dua
Umpan yang aku pakai untuk bertarung kali ni ialah dari jenis Soft Plastic Curly Tail Grub warna putih. Dengan Mata kail menggunakan teknik Texas Rig.
 
Esok tengok keadaan la...kalau emosi masih terganggu....kesini lagi kot....

Thursday, February 5, 2015

Welcome.....

Salam...
selamat datang keblog memancing aku yang pertama, walaupun aku dah start memancing dari sekolah rendah lagi....buat masa ni aku takde bahan lagi nak menulis kat sini....jadi harap bersabar la yer sehingga aku ada bahan nak menulis.....